26/02/2016

Minda 100%, Hati 0%.

Adakah anda faham maksud ini?
Kita belajar sejak bangku sekolah. Dan sentiasa mengasah minda kita agar kita menjadi pandai. Kita tiada pilihan kerana minda diperlukan untuk lulus ujian & peperiksaan.
Oleh itu, tahun demi tahun kita sentiasa mengasah minda kita. Akhirnya, Semakin tinggi pelajaran kita, semakin tinggi ego yang ada dalam diri.. Cuma kita saja tak perasaan.
Akhirnya, Hanya minda kita hebat, tetapi hati kita sudah kosong kerana tak pernah terlintas pun di fikiran kita untuk mengasah hati dan perasaan kita.
Tak percaya? Cuba fikirkan ini anda:
◼Jika anda seorang pelajar Master, mahukah anda dengar nasihat dan teguran dari seorang diploma mengenai tatatertib?
◼Jika anda seorang diploma, mahukah anda dengar dari nasihat & teguran seorang pelaiar SPM mengenai sikap anda?
◼Jika anda seorang berumur 45thun, mahukah anda mendengar teguran dari org yg berumur 20thun?
Fikir-Fikirkan. Dan sudah semestinya 99% orang sdh pasti tak akan mendengar. Hanya 1% orang yang sudi menerima teguran.
HUMAN HAS LOSE IT HUMANITY.
Think about it & zerorize yourself. You will see the beauty of it. :)

Ads 1

Chitika