WHY SUCCESS?

UNTUK MENCAPAI 5 IMPIAN YANG HILANG 
Setiap orang mempunyai impian. Semasa kecil kita selalu berangan - angan untuk memiliki sesuatu yang besar ataupun ingin memiliki kerja yang bagus.  Segala - galanya bagi kita boleh dicapai apabila kita berusaha. Dan ayat yang biasa kita gunakan semasa masih kanak - kanak ialah;
"kalau saya dewasa, saya akan.." 
"Kalau saya sudah besar, saya mahu.."
TETAPI, semakin kita dewasa, IMPIAN ini menjadi kecil kerana taraf hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Semasa kanak - kanak, kita membesarkan impian dan kecilkan masalah,
Apabila dewasa, kita mengecilkan impian dan membesarkan masalah.
Ini ialah senarai 5 impian yang "terkubur" apabila kita meningkat dewasa.



5. MELANCONG KE SERATA DUNIA

Semasa kanak-kanak, kita selalu berimaginasi bahawa kita berada di negara orang lain. Merasakan salji di tapak tangan sendiri, Bersiar - siar di Kota Raya negara orang lain, Membeli - belah atau pun ingin mendengar bahasa orang lain di depan mata anda. Biasanya, ramai di antara kita ingin pergi ke Negara seperti America, Jepun, Korea, Perancis, Switzerland dan sebagainya.
Tetapi apabila meningkat dewasa, kita tahu bahawa kesemuanya memerlukan perbelanjaan yang sangat TINGGI untuk pergi ke serata dunia. Maka, semakin dewasa kita lupakan impian ini.




4. RUMAH IMPIAN

Semasa kanak-kanak, kita selalu berimaginasi pula yang kita akan mempunyai rumah yang besar, ruang tamu yang besar, bilik mandi yang sempurna, halaman rumah yang besar dan juga bilik yang luas dan dipenuhi gambar - gambar kartun kegemaran. Kita yakin bahawa suatu hari nanti, ianya akan tercapai.
Tetapi malangnya, semakin kita dewasa kita faham bahawa ianya memerlukan BUDGET yang besar untuk melaksanakan rumah seperti itu. Sebab itu, kebanyakan dari kita hanya mampu tinggal di flat ataupun apartment kerana tak mampu untuk memiliki rumah impian sendiri. Maka kita lupakan impian itu dan hanya berserah kepada kehidupan yang kita miliki sekarang.




3. KERETA IMPIAN

Ya, kereta impian.  Ini juga menjadi antara impian yang hilang apabila kita semakin meningkat dewasa.  Semasa kanak - kanak, kita suka naik kereta dan suka tengok rancangan kereta dan membeli kereta mainan untuk dijadikan koleksi. Dan apabila kita melihat kereta sport, kita juga ingin memiliki.  dan mengatakan kepada diri sendiri "satu hari nanti, sy pasti akan ada kereta yang cantik dan laju". Semasa pertengahan umur, kita semakin jelas dengan jenama - jenama kereta yang diidam-idamkan.
Malangnya, apabila kita ingin memiliki kereta, kita hanya mampu memiliki kereta sekadar mampu sahaja. Kerana kita tahu bahawa untuk memiliki kereta mewah, ianya memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi.




2. KEBEBASAN KEWANGAN

Ahha. Pernahkah anda dan kawan - kawan anda berkata sesama sendiri seperti ini,
"Kalau saya sudah dewasa, saya ingin beli apa saja yang saya mahukan.."
"Kalaulah saya kaya, saya mau beli kereta besar, rumah besar, melancong seluruh dunia.."
Apabila kita semakin meningkat dewasa dan mula bekerja, sudah semestinya ini menjadi satu PERKARA YANG MUSTAHIL untuk dicapai disebabkan taraf hidup yang begitu mencabar dan penuh dugaan. Dan sehingga kini, anda terfikir bahawa ianya mustahil untuk mencapai satu kehidupan di mana anda tak perlu risau mengenai kewangan anda.
Betulkah ianya sesuatu yang mustahil? Atau anda mengehadkan saja kemampuan anda untuk mencapainya?




1. BALAS JASA IBU BAPA

Nombor 1, IMPIAN yang hilang apabila kita dewasa - Pernah ingat janji - janji manis kita kepada ibu bapa bahawa kita ingin membalas jasa mereka apabila kita sudah dewasa? This is the worst dream that we'd lost! Masih ingat kah kita berjanji pada ibu bapa
"Bila saya dewasa, saya tak nak lagi lihat korang susah"
"Saya ingin beri kamu duit setiap bulan jika saya sudah bekerja"
Ibubapa pun tersenyum mendengar kata - kata kita dan berkata"Baguslah tu nak" Masihkah anda ingat? Tetapi apabila meningkat dewasa, kita faham bahawa Ianya bukan mudah.  Apabila sudah bekerja, semakin susah pula membantu ibubapa mendapat kesenangan. Bukan setakat itu, Wang saku perbelanjaan ibubapa juga susah nak berikan. Walau RM100 pun susah nak beri.  Jika Ibubapa meminta duit saku lebih, kita marah dan berkata " tak cukupkah duit yang saya beri? baru 3 minggu lepas sy beri. Kalau ibu ambil, tak cukuplah duit saya sehingga hujung bulan"
APAKAH SEBENARNYA TUJUAN KITA DILAHIRKAN DI DUNIA INI? BUKANKAH UNTUK MEMBALAS JASA IBU BAPA YANG SUSAH MELAHIRKAN KITA DAN MENJAGA KITA DARI KANAK - KANAK SEHINGGA DEWASA? FIKIRKAN. 
What we have to achieved the most is our "FAMILY HAPPINESS"

Ads 1

Chitika